Apa Ada di AirAsia Hausboom Festival 2025?
Dikuasakan oleh Hotlink, festival ini kembali untuk memerahkan Oktober anda.

Oleh RUMI | Foto Hausboom

“… Hausboom KL Foddie Fest. Ia menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik daripada juadah jalanan yang menarik, hidangan popular, hingga sajian istimewa yang sukar ditemui.”

MALAYSIA bakal digegarkan dengan AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakakan oleh Hotlink – sebuah acara muzik dan gaya hidup tahunan terbesar dengan konsep baharu, Paint The Town Red!

Disifatkan sebagai gabungan terbesar festival muzik, fesyen dan makanan, tahun ini, acara ini yang turut menampilkan 33 artis lokal dan antarabangsa bakal berlangsung di MAEPS, Serdang, selama dua hari, bermula 11 Oktober ini.

Ini apa yang menanti anda:

TERBANG DENGAN AIR ASIA

Kolaborasi epik bersama AirAsia ini, menurut kenyataan medianya, membolehkan pengalaman menyeluruh yang menggabungkan hiburan, gaya hidup, dan pelbagai kejutan eksklusif.

“Hausboom telah melancarkan Kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win, memperkenalkan label khas edisi terhad pada semua sembilan perisa minuman dengan kod QR unik.

“Setiap imbasan menyediakan hadiah menarik, termasuk 10 tiket penerbangan percuma tanpa had selama setahun, tiket penerbangan pergi-balik ke 18 destinasi dan hadiah tunai sehingga RM50,000,” jelas kenyataan itu mengenai kempen yang berakhir Disember ini.

BONUS TIN EDISI TERHAD HAUSBOOM

Kerjasama bersama Hotlink yang memasuki tahun kedua pula, menyaksikan pelancaran empat tin Hausboom edisi terhad untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna Hotlink.

“Dengan mengimbas kod QR pada tin ini, pengguna boleh menyertai Hotlink dan mengakses ganjaran Menang Ahad,” merujuk hadiah kemenangan yang disediakan setiap Ahad, “termasuk 100 tiket percuma ke festival, telefon pintar dan tambah nilai prabayar.”

MENANG PERODUA ATIVA

Pengalaman luar biasa menanti pemegang tiket apabila Hausboom yang kali pertama bekerjasama dengan Perodua, menyediakan Perodua Ativa untuk dimenangi melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan dimumkan secara langsung di pentas utama.

HAUSBOOM KL FODDIE FEST

“Buat julung kali, Hausboom bekerjasama dengan Pin Yang, pemilik platform saluran makanan terkenal KL Foodie yang sangat dikenali di Tik Tok dan Instagram bagi membawakan Hausboom KL Foddie Fest,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi.

“Ia menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik daripada juadah jalanan yang menarik, hidangan popular, hingga sajian istimewa yang sukar ditemui. Masuk adalah percuma dan dibuka mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.”

HAUSBOOM LOKAL FEST 2025

Ikut memeriahkan, lebih 80 jenama fesyen, streetwear & lifestyle, termasuk SGV, Makerz, Kyrex, The Capcity, serta koleksi barangan terpakai yang terpilih, hasil kerjasama dengan rakam rasmi, Lokal Fest, SOVO.

Manakala di pentas utama, pengunjung akan dihiburkan dengan 33 artis, daripada selegenda Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Ella hingga Slam, Def-Gab-C, selain Noh Salleh & Restoe Iboe Band, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik, dan Gerhana Skacinta.

Juga ditampilkan Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo, Slatan, Johny Comes Lately, Margasatwa, Empty Page dan DJ Fuzz, selain penghibur Indonesia seperti Kunto Aji, Feby Putri dan Nadhif Basalamah dan bakat baru seperti LOKO, FUGO dan Spooky Wet Dreams.

Akses

  • 11 dan 12 Oktober 2025
  • MAEPS, Serdang

Tiket:

  • RM119 (Biasa), RM299 (Rockzone) & RM1,200 (VVIP)
  • Pemegang pas VVIP akan menikmati pengalaman eksklusif, termasuk premium view deck, hidangan dan minuman percuma tanpa had, tandas peribadi dan laluan ekspres
  • Layari https://sayalive.io/hausboomfestival2025 untuk pembelian