Nadhif Basamalah Singgah KL, 11 September Ini

Lewat konsert Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.
Oleh RUMI
“Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Nadhif juga tidak sabar bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 11 September ini.” – Liaw Sun, Banyak Bagus Entertainment
KUALA Lumpur sah jadi persinggahan pelantun Penjaga Hati, Nadhif Basamalah, selain Kota Kinabalu, Sabah, dan Singapura.
Bakal berlangsung di The Exchange Hall, Petaling Jaya pada 11 September ini, konsert dianjurkan bersama oleh After School dan Banyak Bagus Entertainment.
“Tanpa merendahkan lokasi lain dalam Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025, After School dan Banyak Bagus Entertainment dengan bangganya membawa penyanyi yang sedang hanagt ini singgah sekali di Kuala Lumpur.
“Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Nadhif juga tidak sabar bertemu peminatnya di Kuala Lumpur pada 11 September ini,” kata Liaw Sun, mewakili Banyak Bagus Entertainment.
Nadhif yang menjadi pilihan Tulus lewat tour Manusia di Makassar, Indonesia, debut seawal Disember 2018 menerusi lagu After School Sad Session.
Ini diikuti album mini pertama Inggerisnya yang berjudul Wonder in Time pada Julai 2022 dan meraih perhatian menerusi judul seperti To Be With Me dan Without Me (Sera) sebelum tahun berikutnya, Penjaga Hati menakluk hati peminat.
Penyanyi dan penulis lagu asal Jakarta yang berusia 25 tahun ini kemudian terus menawan hati penggemar muzik dengan balada seperti Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.
Jadi, tunggu apa lagi? Tempah tempat anda ke Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur. Tiket adalah terhad.

Akses
- 11 September 2025
- 8pm
- The Exchange Hall, Petaling Jaya
Tiket
- RM138 (GA), RM238 (VIP) & RM555 (VVIP). Pemegang tiket VIP & VVIP berpeluang, antaranya untuk menghadiri sesi soundcheck secara eksklusif.
- Layari ticketmelon untuk pembelian.
Comments are closed.