Imbau Muzik 90an di Festival Muzik Vit’s
Konsert 17 artis popular 90an tanahair di festival mi Malaysia yang pertama.

Oleh RUMI

“Cuma RM45 bagi tiket masuk, pembeli bakal disajikan dengan persembahan daripada, antaranya Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik, Kasawari, Roy, Amir UK’s, Shidi Data, Isa Gravity, Zamani bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers.”

BAKAL menghimpunkan 17 artis dan kumpulan popular era 90an, Festival Muzik Vit’s – Konsert Telan kaset 90’an nyata bukan pesta biasa.

Dibawa oleh Vit’s, jenama popular mi segera, konsert bersempena festival mi Malaysia yang pertama itu dijadual berlangsung di lokasi terbuka Padang Timur, Petaling Jaya selama dua hari, bermula pada 12 Oktober ini.

Cuma RM45 bagi tiket masuk, pembeli bakal disajikan dengan persembahan daripada, antaranya Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik, Kasawari, Roy, Amir UK’s, Shidi Data, Isa Gravity, Zamani bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers.

Selaku penganjur bagi pihak Vit’s, Baizura Tazri, berkata festival yang dianjurkan bersama Persatuan Karyawan Malaysia ini adalah yang pertama seumpamanya yang menggabungkan elemen muzik dan makanan.

“Ini merupakan kali pertama jenama mi segera Vit’s mengadakan festival muzik sebegini dengan menggabungkan elemen muzik dan makanan bersempena Festival Muzik Vit’s agar pengunjung dapat menikmati makanan berasaskan mi sambil disaji muzik 90an,” katanya, memetik kenyataan medianya.

“Selain mengubati kerinduan peminat, konsert ini juga betujuan mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia.

“Dana menerusi hasil jualan tiket konsert akan digunakan untuk membantu artis senior dan para karyawan yang sakit atau uzur, dan memerlukan bantuan, selari dengan tujuan penubuhan persatuan ini.”

Lebih 80 gerai makanan, terutama yang berasaskan mi menanti kehadiran pengunjung yang turut berpeluang memenangi hadiah menarik disediakan penganjur dengan hanya hadir dengan menggayakan pakaian berkonsep 90an, selain menerusi pertandingan karaoke.

Akses

  • 12 & 13 Oktober 2024
  • Padang Timur, Petaling Jaya
  • 10am – 11.30pm

Tiket

  • RM45 bagi tiket Konsert Telan Kaset 90’an
  • Beli di www.ticket2u.com.my
  • Masuk ke Festival Mi Malaysia, bagaimanapun adalah percuma