Ada Afgan & Lyodra September Ini!
Konsert epik dua penyanyi popular Indonesia di Kuala Lumpur, 28 September nanti.

Oleh RUMI

“Teka-teki yang bertebar mengenai kehadiran Afgan dan Lyodra di ibu kota bakal terjawap pada konsert di Kuala Lumpur nanti.”

AFGAN bakal kembali ke Kuala Lumpur, namun kali ini nampaknya dia tidak bersendirian.

Hangat dengan lagu Ada, akhir tahun lalu, wajar saja penyanyi berusia 38 tahun itu ditampilkan bersama pasangan duetnya, Lyodra menerusi sebuah persembahan epik yang digelar Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur pada 28 September nanti.

Dibawa oleh Kharisma Music, konsert itu juga menampilkan Alha Alfa sebagai penganjur utama, selain Intan Gelombang dan Futurace sebagai penganjur bersama.

Ada yang meletup di carta muzik Indonesia yang dicipta oleh Afgan merupakan luahan kesedihannya terhadap cerita putus cinta seseorang yang akrab dengannya.

Tapi, apakah pertaliannya dengan pengharapannya untuk mereka kembali bersatu sepertimana lagu berkenaan? Teka-teki yang bertebar mengenai kehadiran Afgan dan Lyodra di ibu kota bakal terjawap pada konsert di Kuala Lumpur nanti.

Untuk menikmati pengkisahan Afgan dan Lyodra, dapatkan tiket konsert segera!

Akses

  • 28 September 2024
  • Megastar Arena, Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket

  • Pesan Terakhir (RM358), Escape (RM438), Sang Dewi(RM558), Panah Asmara (RM588), Ada VIP (RM688)
  • RM1,488 bagi tiket Ada VVIP, termasuk sesi Meet & Greet, selain barangan rasmi konsert
  • Layari www.ticket2u.com.my/afganlyodra untuk pembelian