Apa Ada di <i>Naga Kramat</i> Wings?
Band rock popular ini berjanji untuk mencipta memori buat audiens pada konsert 22 Oktober ini.

Oleh RUMI

“… penganjur, MW Mega Productions mengumumkan harga baharu, khas buat pelajar IPTA dan IPTS pada kadar RM169 bagi tiket kategori berdiri, Bujang Senang.”

“NAK bagi peminat puas dengan pemilihan lagu-lagu best,” kata frontman Wings, Datuk Awie mengenai malam konsert yang digelar Naga Kramat itu yang akan berlangsung, buat kali pertamanya di Zepp Kuala Lumpur.

Penting, tambahnya untuk band berusia 37 tahun itu yang menjadikan konsert ini sebagai yang terakhir di ibukota, tahun ini mengizinkan audiensnya “mencipta memori setiap kali menyaksikan persembahan atau konsert kami.”

Sungguhpun malam itu dinamakan bersempena judul album ke-10 mereka, dia menegaskan pemilihan lagu tidak terhad kepada album berkenaan yang diterbitkan pada 20 tahun lalu dengan sebahagiannya menampilkan karya Allahyarham JS Kevin.

Selain itu, susulan permintaan dalam kalangan peminat muda Wings, penganjur, MW Mega Productions mengumumkan harga baharu, khas buat pelajar IPTA dan IPTS pada kadar RM169 bagi tiket kategori berdiri, Bujang Senang.

“Syaratnya mudah,” kata wakil penganjur, Mashar Mokhtar, “mereka hanya perlu menunjukkan bukti kad pelajar semasa membuat tempatan atau belian, dan pembelian tiket ini hanya sah melalui ejen Sayap-Sayap Wings.”

Projek sulung MW Mega Productions itu, menurutnya lagi telah dua bulan dirancang bersama Awie Entertainment dengan Naga Kramat dijanjikan “akan memberikan kepuasan yang maksimum” dan tidak harus dilepaskan oleh penggemar muzik rock.

Akses

  • 22 Oktober 2022
  • Zepp Kuala Lumpur
  • 8.30pm

Tiket

  • RM244, zon Bujang Senang; RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakilla) dan RM574 (Taman Rashidah Utama)
  • Beli di www.ticket2u.com.my/nagakramat
  • Khas pelajar IPTA dan IPTS, RM169 bagi zon Bujang Senang. Hubungi ejen Sayap-Sayap Wings, Zul